Skip to main content
News

Karnival Kreativiti & Science4U di SMK Tun Haji Abdul Malek (SKMTHAM), Cheng, Melaka

By 2013-09-21#!31Mon, 14 Dec 2020 14:09:08 +0800p0831#31Mon, 14 Dec 2020 14:09:08 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:09:08 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 14:09:08 +08000920912pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:09:08 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:09:08 +0800p0831#/31Mon, 14 Dec 2020 14:09:08 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:09:08 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

d

 

Cheng, Melaka 21 September – Program Kreativiti & Science4U anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah diadakan pada hari ini jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek (SMKTHAM), Cheng, Melaka bertujuan untuk menjana modal insan berlandaskan kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar.

”MOSTI berharap program ini akan dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada setiap pelajar kerana dalam cabaran dunia global yang sentiasa berubah, faktor yang menjamin kejayaan negara pada masa kini adalah modal insan yang berilmu, kreatif dan berinovasi” kata YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang mewakili YB. Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam Majlis Perasmian Karnival Kreativiti & Science4U di Cheng, Melaka.

Melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) yang dihasilkan oleh MOSTI,  MOSTI menyokong inistiatif bagi pengukuhkan STEM atau Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik  di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2025 khususnya rancangan untuk memperkembangkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan 1 Kelab dan 1 Badan beruniform.

Dalam hal ini, MOSTI melalui Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) akan menubuhkan Kelab Inovasi di sekolah-sekolah di seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Kelab ini menyediakan platform untuk pembangunan idea-idea dan guru-guru kelab diberi latihan khusus untuk mengendalikan aktiviti kokurikulum secara berkesan dengan menggunakan Innovation Toolkit yang telah dibekalkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia. Penubuhan Kelab Inovasi ini kelak, diharap akan berjaya melahirkan anak-anak yang lebih kreatif dan berinovasi serta berjaya di dalam kerjaya mereka.

Sebanyak 16 Agensi dan Bahagian di bawah MOSTI telah mengambil bahagian dalam karnival ini untuk berkongsi dan menyalurkan informasi dan teknologi masing-masing kepada para pengunjung. Agensi dan Bahagian MOSTI yang mengambil bahagian adalah Technology Park Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Standard Malaysia, Pusat Sains Negara, Agensi Angkasa Malaysia, CyberSecurity Malaysia, Bahagian Bioteknologi Kebangsaan, Direktorat Oseanografi Kebangsaan, Nanoteknologi Malaysia, Bahagian Inovasi & Pengkomersilan, Agensi Nuklear Malaysia, Agensi Perlesenan Tenaga Atom,  Yayasan Angkasawan Malaysia dan Yayasan Inovasi Malaysia. Selain daripada itu, Perbadanan Biotek Melaka, Polis Diraja Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mengambil bahagian untuk mengadakan pelbagai aktiviti, pertandingan serta mempromosikan produk dan perkhidmatan masing-masing yang telah dimanfaatkan oleh seramai 2500 pengunjung.