Skip to main content
News

Karnival Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Negeri Melaka

29 Oktober 2024, Melaka – Karnival Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Negeri Melaka berlangsung selama dua (2) hari pada 28 dan 29 Oktober 2024 di Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Alor Gajah. Majlis perasmian pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

Seramai 23, 413 orang pengunjung yang terdiri daripada pelajar-pelajar prasekolah, sekolah rendah dan menengah, belia, guru-guru serta ibubapa dari seluruh Negeri Melaka telah hadir memeriahkan MSN Peringkat Negeri Melaka ini. MOSTI yakin bakat-bakat ini akan memantapkan kecenderungan mereka terhadap sains dan teknologi dan bakal menjadi saintis yang tersohor suatu hari nanti.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang, Belanjawan 2025 memberi penekanan besar kepada kepentingan sains, teknologi, dan inovasi (STI) dalam memacu masa depan negara. Program seperti Minggu Sains Negara, Malaysia Techlympics dan inisiatif STEM yang diperkasakan melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan akan membina asas yang kukuh untuk melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited untuk memastikan bakat tempatan berkembang dengan sokongan dana R&D dan platform inovasi, agar Malaysia mampu menjadi hab teknologi serantau dan menerajui pembangunan ekonomi berasaskan ilmu menjelang 2030.
Hadir sama YB Datuk Wira Hj. Ibrahim bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YB Dato’ Azhar bin Hj. Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, Exco Sains, Teknologi, Inovasi Dan Komunikasi Digital dan YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Layari minggusainsnegara.mosti.gov.my untuk maklumat terkini mengenai MSN.
Skip to content