7 Oktober 2024, Perak – Malaysia terus memberi tumpuan kepada pembangunan bakat berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri teknologi yang berkembang pesat, selari dengan seruan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Negara telah berjaya menarik pelaburan bernilai berbillion ringgit daripada syarikat-syarikat teknologi antarabangsa, termasuk pelaburan RM27 bilion terbaru oleh Oracle.
YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Chang Lih Kang, berkata bahawa keyakinan pelabur terhadap dasar dan kepimpinan Malaysia MADANI semakin kukuh, tetapi negara perlu segera membina kapasiti bakat untuk memenuhi permintaan industri teknologi. “Pelaburan besar seperti ini mengesahkan kepercayaan pelabur, dan kita perlu segera meningkatkan keupayaan tenaga kerja tempatan agar Malaysia terus berdaya saing di peringkat global,” katanya.
Sebagai langkah untuk mencapai objektif ini, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memberi penekanan kepada program pembudayaan seperti Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics, yang bertujuan memupuk minat pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Malaysia Techlympics 2024 peringkat Zon Utara yang diadakan hari ini menyaksikan penyertaan lebih 5,784 pelajar daripada 260 sekolah dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis.
Program ini turut menekankan keterangkuman dengan melibatkan lebih 6,000 pelajar luar bandar serta 1,500 guru melalui Program Jangkauan Keterangkuman. Aktiviti hands-on yang disediakan melalui program ini bertujuan meningkatkan akses kepada pendidikan STEM, khususnya di kawasan luar bandar.
Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics dan Minggu Sains Negara.
semua dijemput untuk melayari laman web rasmi www.mytechlympics.com and