Skip to main content
News

KARNIVAL SAINS DAN INOVASI ZON SARAWAK

By 2012-09-15#!31Fri, 10 Mar 2017 21:07:04 +0800p0431#31Fri, 10 Mar 2017 21:07:04 +0800p-9Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 10pm31pm-31Fri, 10 Mar 2017 21:07:04 +0800p9Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312017Fri, 10 Mar 2017 21:07:04 +0800079073pmFriday=321#!31Fri, 10 Mar 2017 21:07:04 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#March 10th, 2017#!31Fri, 10 Mar 2017 21:07:04 +0800p0431#/31Fri, 10 Mar 2017 21:07:04 +0800p-9Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Fri, 10 Mar 2017 21:07:04 +0800pAsia/Kuala_Lumpur3#No Comments

 

KUCHING, Sarawak (15 September 2012) : Majlis Perasmian Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak sempena Majlis Perasmian Regatta Sarawak 2012 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Turut hadir bersama adalah Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Datuk Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Abdul Rahman Zohari, Menteri Pelancongan Sarawak serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Penganjuran secara bersama Regatta Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak telah membawa Sekitar 100 ribu orang dari segenap lapisan masyarakat hadir menyaksikan Regatta Sarawak 2012 dan mengunjungi Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak yang telah diadakan di Kuching Waterfront.

Orang awam khususnya Kumpulan belia dan pelajar Sarawak perlu diberi peluang dan pendedahan mengenai kesedaran pentingnya berfikir secara kritikal, kreatif dan berinovasi untuk kehidupan seharian.

Karnival ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan hasil kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan sains dan inovasi dalam kehidupan seharian kita. Kesan yang dimaksudkan termasuk mempunyai sebuah negara yang mahir dalam bidang sains dan inovasi dan menggalakkan lebih ramai belia untuk memilih sains sebagai kerjaya seperti pencapaian oleh Saudari Pandelela yang kini merupakan Ikon Sukan Negara.

Karnival Sains dan Inovasi Zon Sarawak, sebagai destinasi zon kelima di dalam enam siri Karnival yang dijadualkan.  Selepas Sarawak, kita akan menjelajah ke Zon terakhir iaitu Zon Tengah di Negeri Sembilan sebelum penganjuran acara kemuncak dan terbesar yang bertaraf antarabangsa iaitu World Innovation Forum Kuala Lumpur di Kuala Lumpur pada 5 sehingga 7 November 2012. Selari dengan World Innovation Forum ini, MOSTI akan mengadakan BioMalaysia 2012, National Innovation and Exhibition Conference (NICE) dan Nano Malaysia Summit and Expo.

Karnival Sains dan Inovasi menyediakan sebanyak 72 aktiviti perkongsian ilmu yang berteraskan sains, kreativiti dan inovasi selama tiga hari.  Kebanyakan aktiviti  adalah bersifat  hands-on dan interaktif supaya  ia memberi impak yang mendalam untuk jangka panjang kepada peserta dan pengunjung Karnival.  Antara aktiviti yang dianjurkan ialah  pertandingan Roket Air, Geocaching menggunakan GPS,  F1 Technology Challenge,  digital sketching, rekacipta bahan terbuang, Ikon Saintis, Dunia Nano (World World), Family Innovation Movement,  pertunjukan pembelajaran sains,  pengalaman merasai teknologi  simulator  5D, Roboclinic,  pertunjukan wau dan layang-layang 3D, ukiran serta  corak kreatif menggunakan buluh dan  tanah liat , ASEAN Fashion Show and Films Festival dan pameran produk-produk inovasi tempatan.

Selain itu, UiTM Sarawak juga telah mencipta satu sejarah di dalam Malaysia Book of Records di mana para pelajar UiTM akan membuat larian secara berganti-ganti  selama 120 jam menggunakan treadmill.