06 Ogos 2025, Kelantan – Karnival STEM SK Tanah Merah (2) 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Ogos 2025 bertempat di SK Tanah Merah (2), Tanah Merah, Kelantan sebagai salah satu program satelit bersempena Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan. Menerusi program ini, seramai 300 orang murid dari SK Tanah Merah (2) telah berpeluang untuk menerokai dunia Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) secara interaktif, kreatif dan menyeronokkan.




