Skip to main content
News

KDYMM Sultan Pahang berkenan berangkat ke taklimat Projek Pembangunan Lapangan Angkasa Antarabangsa Pahang (PINTAS)

7 Mei 2026, Pekan – Merafak sembah dan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Sesungguhnya, ia adalah atas limpah perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku berangkat bercemar duli ke Mesyuarat Khas bagi menyembah maklum maklum balas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berhubung Laporan Kajian Kebolehlaksanaan Cadangan Pembangunan Pahang International Spaceport (PINTAS) di Pekan, Pahang.

YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, selaku Timbalan Menteri MOSTI, bersama-sama pengurusan tertinggi kementerian serta MYSA selaku agensi berkaitan, hadir di SCAPE, Genting Highlands bagi mempersembahkan dapatan serta pertimbangan strategik kerajaan terhadap projek berimpak tinggi ini.

Sesungguhnya, inisiatif pembangunan lapangan angkasa ini berpotensi besar sebagai pemangkin kemajuan sektor aeroangkasa negara, sekali gus mengangkat kedudukan Malaysia di persada global dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.

Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas keprihatinan dan pandangan jauh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dalam memastikan setiap perancangan dilaksanakan dengan teliti demi kepentingan rakyat dan kemakmuran negara.

Ampun Tuanku, Beribu-ribu Ampun.

Menjunjung Kasih Tuanku.

Daulat Tuanku!

Skip to content