Skip to main content
News

Kejohanan Futsal Piala Pusingan STI 2025: Perkukuh Budaya Kesukanan dan Inovasi

20 September 2025, Selangor – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Kejohanan Futsal Piala Pusingan STI 2025. Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Seri KSU menegaskan bahawa kejohanan ini adalah satu inisiatif yang bukan sahaja menggabungkan semangat kesukanan dan aspirasi pembudayaan STI, tetapi juga mengeratkan ukhuwah antara warga MOSTI dan agensi-agensi di bawahnya.

Dengan penyertaan 28 pasukan daripada 10 agensi, kejohanan kali ini dianjurkan oleh MIGHT selaku tuan rumah bagi edisi 2025. Kejohanan ini merupakan wadah untuk kita bersatu, bersukan dan membudayakan gaya hidup sihat.
Lebih istimewa, penganjuran ini turut menyokong Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sejajar dengan usaha merealisasikan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera melalui pendekatan whole of nation.
Turut memeriahkan kejohanan pagi ini adalah YBrs Puan Ruziah binti Hj. Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, YBrs. Puan Marhayani binti Md Saad, Ketua Pengarah, Jabatan Kimia Malaysia, YBrs. Ts Rushdi Abdul Rahim, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT serta para peserta kejohanan daripada jabatan dan agensi di bawah MOSTI.
Skip to content