23 September 2023, Kalabakan – YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini merasmikan program Kembara Sains Borneo Siri Dua, 2023 @Kalabakan di Dewan Semai Bakti, Felda Gugusan Umas, Kalabakan Sabah.
Program Kembara Sains Borneo ini dianjurkan oleh Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Dengan tema “Sains Itu Menyeronokkan”, Pusat Sains Negara membawakan pengalaman sesebuah Pusat Sains kepada komuniti setempat di kawasan luar bandar terpilih sepanjang kembara dilaksanakan.
Pada 15 September 2023 yang lalu, Kembara Sains Borneo Siri Dua, 2023 telah berjaya dilaksanakan di Membakut, Kimanis. Destinasi seterusnya program ini adalah di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan dan Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, Pensiangan pada 29 September 2023.
Hadir sama pada majlis kali ini adalah YB Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy, Ahli Parlimen Kalabakan, YBrs. Puan Ruziah Binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, YBrs. Muhammad Hj. Mohd. Ali, Pegawai Daerah Kalabakan dan YBrs. Puan Mismah Jimbun, Pengarah Pusat Sains Negara.