Skip to main content
News

Kembara Sains Borneo Siri Dua, 2023

15 September 2023, Sabah – Pusat Sains Negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan program Kembara Sains Borneo Siri Dua, 2023 dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) bertempat di Dewan Kesenian Islam, Membakut, Sabah.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd. Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah. Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin berkata “KSTI amat menyokong program pembudayaan ilmu berkaitan STEM seperti program Program Kembara Sains Borneo yang bertujuan untuk menarik minat murid dan menepis persepsi bahawa sains itu adalah mata pelajaran yang sukar dan secara tidak langsung akan meningkatkan esedaran semua lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, guru- guru dan komuniti mengenai kepentingan pendidikan STEM dan kerjaya STEM.
Sementera itu, YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata “Penganjuran Program Kembara Sains Borneo Siri 2. Tahun 2023 ini adalah sejajar dengan matlamat Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN) dalam memacu Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih berdaya saing melalui STI yang kukuh. Antara matlamat utama program ini adalah untuk mendekati masyarakat terutamanya golongan muda, khususnya pelajar, bagi memupuk minat sekali gus meningkatkan populariti bidang STI.
Bertemakan “Sains Itu Menyeronokkan”, Pusat Sains Negara membawakan pengalaman sesebuah Pusat Sains kepada komuniti setempat di kawasan Kimanis, Kalabakan dan Pensiangan Sabah. Kembara Sains Borneo Siri Dua, 2023 ini akan berlangsung bermula 15 September 2023 di Dewan Kesenian Islam Membakut, 22 September 2023 di Dewan Semai Bakti, Felda Gugusan Umas, Tawau dan 29 Ogos 2023 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan dan Pentas Terbuka Majlis Daerah Nabawan, Pensiangan pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pelaksanaan Program Kembara Sains Borneo Siri Dua, 2023 anjuran Pusat Sains Negara, MOSTI mendapat sokongan padu daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Daerah Membakut, Pejabat Daerah Kalabakan, dan Pejabat Daerah Nabawan.
Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang penjelajahan Kembara Sains Borneo Siri Dua, 2023 adalah Hot Choco STEM Talk daripada saintis-saintis terkenal, Kinect Sports, Drone Challenge, Demonstrasi Sains, Let’s Xperiment, STEM Challenge, Mini Planetarium dan Planet Virtual Reality daripada Planetarium Negara dan banyak lagi.
Selain daripada itu, PSN juga akan mengadakan program sampingan (side program) ke sekolah-sekolah terpilih di lokasi Kembara Sains Borneo Siri Dua, 2023 diadakan. Melalui program sampingan ini, PSN memberikan perasaan ingin tahu (teaser) kepada pelajar dan guru dan seterusnya dapat memberikan keseronokan pengembaraan sains bersama-sama. Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Persembahan Sains dan Aktiviti Sains Ringkas.
Skip to content