Skip to main content
News

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada Penguasa Katalog Angkatan Tentera (MAFCA), Kementerian Pertahanan Malaysia (MOD)

6 Disember 2023, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada Penguasa Katalog Angkatan Tentera (MAFCA), Kementerian Pertahanan Malaysia (MOD) yang diketuai oleh Kolonel Mohamed Ali bin Abas @ Mohd Yasin, Ketua Pengarah MAFCA pada 6 Disember 2023.
Satu perbincangan yang diketuai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah diadakan dengan Kolonel Mohamed Ali bin Abbas @ Mohd Yasin membuat pembentangan berkaitan Sistem Kodifikasi NATO (NCS) bagi pendaftaran NATO Commercial and Government Entity (NCAGE) untuk pengilang, pembekal, badan-badan piawaian, organisasi kerajaan dan penyedia perkhidmatan.
Syarikat tempatan adalah digalakkan untuk mendaftar produk buatan tempatan melalui laman sesawang MOD yang akan mendapat pengiktirafan antarabangsa oleh negara-negara NATO dan membantu produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
Pihak MOSTI turut berkongsi pelaksanaan Dasar Barangan dan Perkhidmatan Hasil Penvelidikan dan Pembangunan (R&D) Tempatan (MySTI) dalam Perolehan Kerajaan bagi meningkatkan kadar pengkomersialan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan untuk pasaran dalam dan luar negara.
MOSTI menyambut baik pelaksanaan NCS dan pendaftaran NCAGE yang akan memanfaatkan produk R&D tempatan dalam aktiviti pengkomersialan seterusnya menjana impak ekonomi kepada negara. Usaha dan kerjasama merentasi kementerian ini dapat membantu pembangunan ekonomi yang mampan seiring dengan aspirasi negara MADANI.
Semasa kunjungan hormat tersebut Kolonel Mohamed Ali bin Abas @ Mohd Yasin telah menyampaikan cenderamata kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI.
Skip to content