30 Oktober 2023, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Pua Khein-Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Phison Electronics Corp (Phison).
Datuk Pua merupakan warga Malaysia yang berasal dari Sekinchan, Selangor yang juga merupakan pencipta USB flash drive (Pemacu USB). Pertemuan ini antara lainnya membincangkan mengenai potensi kerjasama bersama Phison dan ekosistem STI negara.