Skip to main content
News

Ketua Setiausaha MOSTI Menerima Kunjungan Hormat Daripada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya

6 Januari 2025, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Professor Ir. Dr. Kaharudin Dimyati, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya.
Kunjungan hormat ini antara lainnya bagi berkongsi mengenai halatuju dan bidang fokus MOSTI untuk 2025. Selain itu, MOSTI dan Universiti Malaya juga berbincang untuk meneroka kerjasama yang boleh di jalankan bersama.
Hadir sama YBrs. Prof Ir Dr Suhana Mohd Said, Pengarah Eksekutif, Jabatan Pengurusan Penyelidikan, UM dan YBrs. Prof. Ir. Dr. Hazlie Mokhlis, Pengarah Kluster Penyelidikan, UM.
Skip to content