Skip to main content
News

Kunjungan CEO MBOT Kepada Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

3 November 2026, Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Apdal, pagi tadi menerima kunjungan hormat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Dr. Md Fauzi bin Md Ismail di Parlimen.
Pertemuan tersebut membincangkan usaha memperkukuh peranan MBOT dalam memperkasa profesion teknologis dan juruteknik, memperluas pendaftaran serta pengiktirafan profesional, dan menyelaraskan pembangunan kompetensi tenaga kerja dengan keperluan industri. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama antara MBOT, institusi pendidikan dan pihak industri, termasuk peluang latihan serta pembangunan profesional berterusan bagi melahirkan tenaga kerja teknologi yang kompeten dan berdaya saing.
Skip to content