Pada 27 Julai 2017, Dr. Vladimir Sautov, Pengerusi Russian Business Council telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia. Sesi Kunjungan Hormat tersebut turut disertai oleh Pegawai-Pegawai Kanan MOSTI. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membincangkan peluang kerjasama dua hala di antara kedua-dua negara susulan perjumpaan Presiden Russia bersama Perdana Menteri Malaysia di Sochi pada tahun 2016.