1 Jun 2023, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E. Mr. Ali Asghar Mohammadi, Duta Besar Republik Islam Iran di Malaysia. Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan MOSTI, Ketua Pegawai Eksekutif National Institute of Biotechnolgy Malaysia (NIBM) serta pegawai-pegawai dari NanoMalaysia Berhad. dan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Malaysia dan Iran berpeluang membincangkan peluang potensi kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) terutama sekali dalam bidang teknologi angkasa, teknologi nano, bioteknologi, teknologi makanan, dan teknologi hidrogen.