Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Ke Atas Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak

9 Jun 2026, Kuching – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), di samping memperluas pelaksanaan program berimpak tinggi di peringkat negeri.
Antara isu utama yang dibincangkan bersama YB Menteri MEITD merangkumi aspek pembangunan teknologi seperti pembiayaan melalui dana MOSTI, Penggunaan Barangan dan Perkhidmatan Hasil R&D Tempatan (produk MySTI), Program MYStartup, serta bantuan pembiayaan syarikat pemula oleh CRADLE.
Kerajaan Sarawak menyambut baik perbincangan tersebut dan menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama MOSTI dalam memperkasa ekosistem STI negeri.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan MOSTI, MEITD, Sarawak Skills dan juga wakil industri daripada Sarawak Biodiversity Center.
Skip to content