Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI), Singapura Terhadap Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

16 Mei 2023, Putrajaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia hari ini menerima kunjungan hormat daripada Dr. Beh Swan Gin, Setiausaha Tetap (Pembangunan), Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI), Singapura.
Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan MOSTI, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad, Pemangku Ketua Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. dan pegawai-pegawai dari Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI).
Perbincangan tertumpu kepada mengukuhkan jaringan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) menerusi Kumpulan Kerja Inovasi di bawah Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM), ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI) dan platform dua hala atau pelbagai hala yang lain.
Antaranya termasuk penyediaan akses pasaran untuk syarikat-syarikat pemula yang berpotensi di Malaysia dan Singapura untuk menguji, membangun dan mengkomersialkan produk mereka di rantau ini; pembangunan vaksin; ekonomi hijau dan teknologi hidrogen serta kenderaan elektrik (EV) dan teknologi autonomous vehicle (AV).
346787492 759010435820155 7789720917946681686 n    346889448 251178074239139 7517643870698420540 n347258057 990399879039168 6171490318798338441 n    346812181 957989078737351 7458874382695312089 n
Skip to content