18 Jun 2025, Kelantan – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK Kelantan) pada 18 Jun 2025. Kunjungan ini merupakan pembuka bicara bagi kerjasama strategik penganjuran Program MADANI Rakyak 2025 Kelantan yang dijadualkan pada 7 hingga 9 Ogos 2025.
Delegasi MOSTI diketuai oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan STI) bersama YBrs. Encik Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan); YBrs. Ts. Dr. Noraisah binti Spahat, Setiausaha Bahagian (Perancangan Strategik) serta para pegawai MOSTI, manakala Pejabat SUK Kelantan diketuai oleh YBhg. Dato’ Hj. Ab Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan dan YBrs. Encik Wan Zulfadhli Syahman Bin Wan Yusof, Pengarah, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan serta para pegawai Pejabat SUK Kelantan.
Turut hadir bersama adalah para pegawai daripada PACU dan Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Kelantan, Jabatan Perdana Menteri.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan kerjasama strategik ke arah persediaan pelaksanaan PMR 2025 Kelantan kelak.