Skip to main content
News

Kunjungan Hormat kepada Setiausaha Kerajaan Kelantan

13 Julai 2025, Kelantan – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBM Tengku Kaya Perkasa Dato’ Dr Tengku Mohamed Faziharudean bin Tengku Feissal, Setiausaha Kerajaan Kelantan.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi jalinan hubungan antara MOSTI serta pejabat-pejabat Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kelantan berikutan kunjungan terdahulu daripada delegasi MOSTI berkenaan kerjasama strategik penganjuran Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan yang dijadualkan pada 7 hingga 9 Ogos 2025 dengan cadangan tema “Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) untuk Kesejahteraan Rakyat’’.
YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol menyatakan hasrat agar Program MADANI Rakyat Kelantan ini dapat menjadi platform utama bagi kedua-dua Kerajaan menyampaikan maklumat, perkhidmatan dan inisiatif-inisiatif kerajaan terus kepada rakyat. MOSTI melihat program ini sebagai satu peluang terbaik untuk memberi pendedahan dan membawa elemen sains, teknologi, inovasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan (K-economy) lebih dekat kepada masyarakat setempat di Kelantan.
Turut hadir bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBhg. Dato’ Hj. Ab. Pattah bin Hasbullah, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) Negeri Kelantan; YBrs. Tuan Hj. Ahmad Adlee bin Yasin, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Negeri Kelantan; YBrs. En. Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan Pengarah Eksekutif, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU); Pegawai-pegawai kanan SUK Kelantan dan MOSTI, pegawai daripada Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Kelantan, Jabatan Perdana Menteri.
Skip to content