09 September 2025, Putrajaya- YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, hari ini menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), YBrs. Puan Yusnieza Syarmila binti Yusoff.
Pertemuan ini menekankan kepentingan harta intelek (IP) sebagai pemangkin inovasi dan pembangunan negara. Melalui kerjasama erat antara MOSTI dan MyIPO, beberapa perkara telah dipersetujui bagi memperkukuh ekosistem IP negara, antaranya:






Turut hadir dalam pertemuan ini ialah pegawai kanan dari Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengkomersialan R&D MOSTI yang diketuai oleh Encik Boniface anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian.
MOSTI percaya pemerkasaan harta intelek adalah kunci untuk melahirkan ekonomi berasaskan inovasi yang berdaya tahan, sekali gus membawa Malaysia ke arah hab teknologi dan inovasi bertaraf dunia.