Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Middle Leader Team (MLT) SMK Bugaya, Semporna, Sabah ke Pejabat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

30 April 2026, Putrajaya – Hari ini, Pejabat Timbalan Menteri MOSTI telah menerima kunjungan hormat daripada Middle Leader Team (MLT) SMK Bugaya, Semporna, Sabah. Lawatan ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh peranan kepimpinan pertengahan di peringkat sekolah melalui jalinan kerjasama bersama kementerian.
Kunjungan ini turut menjadi platform penanda aras bagi meningkatkan kefahaman berkaitan pengurusan organisasi, di samping membuka peluang menimba amalan terbaik khususnya dalam bidang pendidikan dan inovasi. MLT, yang terdiri daripada pentadbir sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran serta Ketua Panitia, memainkan peranan strategik dalam menterjemahkan dasar pendidikan kepada pelaksanaan yang berkesan di sekolah.
Pendedahan sebegini diyakini dapat memperkasa keupayaan kepimpinan mereka secara lebih holistik. Diharapkan lawatan ini membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran pandangan profesional serta pembinaan jaringan kerjasama yang memberi impak positif kepada ekosistem pendidikan.
Skip to content