17 November 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi National Energy Centre (NEC), Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diketuai oleh YBrs. Haji Shaari Mohd, Head (Performance Delivery & Stakeholder Engagement), Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif, TNB, bersama-sama YBhg. Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh, Naib Canselor (Vice Chancellor), serta ahli delegasi yang lain.
Pertemuan ini menjadi platform bagi perkongsian hala tuju dan inisiatif strategik NEC dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) sektor tenaga negara.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam bidang teknologi tenaga baharu, tenaga boleh baharu, kecerdasan buatan (AI), pendigitalan, penyimpanan tenaga serta teknologi rendah karbon.
MOSTI turut mengalu-alukan penerokaan kerjasama strategik bersama NEC dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan, industri dan institusi penyelidikan bagi mempercepat pembangunan serta penerimagunaan teknologi inovatif tempatan.
Kerjasama ini diharap dapat menyokong agenda peralihan tenaga negara ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mampan, berdaya saing dan berteraskan teknologi.




