Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Pengarah PACU kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

13 Julai 2025, Kelantan – YBhg. Datuk Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. En. Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan, Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).

Pertemuan ini adalah bagi membincangkan persediakan Program Madani Rakyat (PMR) Kelantan dan perkara-perkara berkaitan yang akan diutarakan semasa kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Sejurus selesai sesi kunjung hormat tersebut, YBhg. Datuk Seri KSU telah mengadakan sesi Lawatan Tapak Lokasi Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; YBrs. En. Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan, Pengarah Eksekutif PACU; wakil-wakil daripada Perbadanan Stadium Kelantan, Pejabat KIMIA Kelantan serta para pegawai MOSTI.
Skip to content