16 Januari 2026, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat Limpahan Engineering Sdn. Bhd. sebagai usaha memperkukuh pembangunan teknologi hidrogen di kawasan luar bandar.
Projek Hypereaktor di Pos Tibang (Perak) serta Kampung Tekam dan Kampung Madani (Johor) membuktikan bahawa tenaga bersih boleh sampai ke luar bandar dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup masyarakat pedalaman. MOSTI yakin bahawa kolaborasi industri–penyelidikan akan mempercepat pembangunan dan pengkomersialan teknologi hidrogen tempatan.
Turut hadir bersama, YBrs. Encik Boniface anak Edwin Manung, Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengkomersialan R&D, YBhg. Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Mukifza bin Harun, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), YBrs. Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), YBhg. Dato’ Che Nazahatuhisamudin bin Che Haron, Pengarah, Limpahan Engineering Sdn.Bhd, Encik Kamarul Hafiz bin Muhamed, Pengarah Urusan, Limpahan Engineering Sdn. Bhd., delegasi syarikat dan wakil MOSTI.




