Skip to main content
News

Kunjungan Hormat TalentCorp kepada Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

15 Jun 2026, Putrajaya – Kunjungan hormat ini menjadi platform untuk membincangkan perkembangan semasa kerjasama strategik antara MOSTI dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), termasuk pelbagai usaha serta inisiatif yang telah dilaksanakan secara bersama.
Perbincangan turut menyentuh pelbagai agenda strategik negara, antaranya dasar berkaitan data dan kecerdasan buatan (AI), penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengkomersialan teknologi, pembangunan ekosistem syarikat pemula (start-up), serta pengukuhan kompetensi dan pembangunan bakat bagi menyokong agenda sains, teknologi dan inovasi negara.
Skip to content