Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Tech Dome Penang

11 Jun 2025, Putrajaya – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI telah menerima kunjungan hormat daripada Techdome Penang (TDP) yang diketuai oleh Ts. Khoo Boo Wooi, Ketua Pegawai Eksekutif TDP.

Kunjungan hormat ini antara lainnya membincangkan informasi terkini mengenai Tech Dome Penang dan Program-Program Pembudayaan STI.
Hadir sama YBrs. Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan & Perkhidmatan STI MOSTI; YBrs. Puan Aidawati binti Misdar, Setiausaha Bahagian Teknologi Strategik dan Aplikasi S&T dan YBrs. Encik Mohammad Fuad bin Rahman, Pengarah Pusat Sains Negara.
Skip to content