Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dan Perdagangan Di Kementerian Luar Negeri Dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu

15 Jun 2022, Putrajaya – Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Dr. Abdulnasser Alshaali, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Perdagangan di Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu. Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi dan Pegawai Kanan MOSTI.

Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu berpeluang berkongsi berkenaan inisiatif dan strategi yang telah dan akan dilaksanakan dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) serta meneroka peluang kerjasama baharu.

Skip to content