10 Mac 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada United Nations Office for Outer Space Affairs (UNOOSA) bersama Pahang Aerospace City Development Berhad (PACDB) bagi membincangkan perkembangan berkaitan pembangunan Pahang Space City.
Dalam pertemuan ini, YB Menteri telah diberikan taklimat mengenai kemajuan terkini projek tersebut, termasuk perancangan pembangunan ekosistem industri angkasa yang berpotensi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor teknologi angkasa di peringkat serantau dan global.
Inisiatif ini penting bukan sahaja untuk merancakkan ekonomi angkasa malah membuka ruang kepada pembangunan bakat tempatan dalam bidang berkaitan seperti teknologi satelit, kejuruteraan aeroangkasa dan aplikasi angkasa. MOSTI akan terus menyokong usaha yang mampu memperkukuh kapasiti negara dalam sektor strategik masa hadapan ini.




