10 Mac 2023, Kuala Lumpur – YB Datuk Arthur Joseph Kurup,Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Mr. Daniel Kritenbrink, Assistant Secretary In The Bureau Of East Asian And Pacific Affairs, dengan kehadiran H.E Brian McFeeters, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia.
Mesyuarat tersebut turut disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan Kementerian. Malaysia dan Amerika Syarikat berpeluang mengadakan perbincangan bagi meneroka peluang kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) terutama sekali dalam bidang teknologi hijau, teknologi angkasa, pembangunan vaksin, kerjasama bidang semi konduktor dan unsur nadir bumi.