17 Jun 2021, Kelantan – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.
Turut diadakan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) yang dipengerusikan bersama YAB Menteri Besar bagi menyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan.
Setelah itu, YB Khairy Jamaluddin meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Teratai bagi meninjau pelaksanaan PICK di sana. Kapasiti suntikan vaksin di Kelantan semakin meningkat dan akan melebihi 20,000 sehari pada Julai 2021. Lebih banyak initiatif jangkau luar (outreach) ke kampung dan pedalaman dilaksanakan.