Skip to main content
News

“Kupi – Kupi Bah Kita” Majlis Apresiasi dan Ramah Mesra YBTM MOSTI Bersama Pengamal Media Sabah

10 Oktober 2026, Kota Kinabalu – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menghadiri Program Kupi-Kupi Bah Kita! bersama pengamal media Sabah yang berlangsung di Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Program dalam suasana santai ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan, beramah mesra dan bertukar pandangan antara MOSTI dengan pengamal media.

Program tersebut menghimpunkan pengamal media daripada 18 organisasi media yang terdiri daripada wartawan, ketua editor serta jurufoto dan juruvideo. Antara agensi media yang hadir ialah RTM Sabah, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah, The Malaysia Press (TMP), Astro Awani, FINAS, TV Sarawak, New Straits Times, Overseas Chinese Daily News (OCDN), Sabah News Today, Sabah Revolusi, The Star, Jesselton Times, NSTP, Sabah Media, Sin Chew Daily, Sinar Harian, The Borneo Post serta Utusan Borneo/SJA.
Sesi ramah mesra ini turut menjadi ruang untuk menghargai peranan dan sumbangan pengamal media dalam menyampaikan maklumat, hebahan serta laporan berkaitan dasar, program dan aktiviti MOSTI kepada masyarakat, khususnya di Sabah. Kerjasama media amat penting dalam memperluas capaian maklumat serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap inisiatif dan usaha kementerian dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.
MOSTI merakamkan penghargaan kepada semua pengamal media yang hadir atas sokongan, kerjasama dan komitmen berterusan. Semoga hubungan strategik yang terjalin terus diperkukuh demi memastikan maklumat berkaitan inisiatif kementerian disampaikan secara meluas dan berkesan kepada masyarakat.
Turut hadir, YBhg. Datin Safida Zalma Binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Setiausaha-setiausaha Bahagian MOSTI, YBrs. Ts. Harun bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Sabah dan wakil jabatan dan agensi dibawah MOSTI.
Skip to content