Skip to main content
News

LATIH AMAL TSUNAMI DI SEBERANG TAKIR, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN

By 2014-06-14#!31Mon, 14 Dec 2020 14:03:18 +0800p1831#31Mon, 14 Dec 2020 14:03:18 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:03:18 +0800p2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Mon, 14 Dec 2020 14:03:18 +08000320312pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:03:18 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:03:18 +0800p1831#/31Mon, 14 Dec 2020 14:03:18 +0800p-2Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:03:18 +0800pAsia/Kuala_Lumpur12#No Comments

UKK_0153

 

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensi pelaksana, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bersama Majlis Keselamatan Negara, Negeri Terengganu Darul Iman telah mengadakan Program Latih Amal Tsunami di Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman pada 14 Jun 2014 bermula pada jam 9.00 hingga 11.00 pagi.

Latih Amal ini bertujuan agar agensi pengurusan bencana yang terlibat menguji Peraturan Tetap Operasi (SOP) serta kelancaran sistem komunikasi dan koordinasi antara agensi. Ia juga merupakan satu aktiviti untuk meningkatkan tahap kesedaran awam di kalangan penduduk tempatan dan pada masa sama menilai tahap kesiapsiagaan agensi-agensi menangani bencana berperanan dalam menghadapi tsunami.

Latih amal ini melibatkan komuniti di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Seramai 674 orang telah terlibat dengan latih amal ini yang melibatkan komuniti setempat dan orang awam dan agensi pengurusan bencana seperti Polis Diraja Malaysia, BOMBA, JPAM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan, Jabatan Penerangan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pelajaran, RELA, Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan lain-lain agensi tempatan.

Latih amal ini telah dimulakan dengan hebahan awal maklumat gempa bumi yang diikuti dengan penyebaran mesej Amaran Tsunami melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan faksimili yang dikeluarkan daripada Ibu Pejabat MetMalaysia kepada agensi-agensi pengurusan bencana. Ianya disusuli dengan pengaktifan siren tsunami yang terdapat di kawasan Seberang Takir dan talian telefon tetap di rumah (Fixed Line Alert System). Pada masa sama, polis dengan dibantu oleh anggota-anggota agensi penyelamat yang lain menasihatkan orang awam yang berada di pantai untuk berpindah ke tempat selamat di Dewan Sivik, Kg Seberang Takir, Kuala Terengganu di mana orang ramai akan berkumpul. Operasi pemindahan ini mengambil masa kurang dari dua jam dan selepas itu mesej Ancaman Tsunami Tamat dihebahkan melalui SMS dan siren.

Sejurus latih amal ditamatkan kira-kira pada jam 11.00 pagi, program diteruskan dengan Majlis Perasmian Penutupan. Dalam majlis tersebut ucapan aluan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Rosli bin Mohamed, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan disusuli dengan ucapan Perasmian Penutupan oleh YBhg. Ustaz Rusdi Muda, Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Terengganu Darul Iman.

Timbalan Menteri MOSTI, YB Datuk Abu Bakar bin Mohamad Diah turut mengadakan kunjungan lawatan ke tapak latih amal sebelum menghadiri program lain di Kuala Terengganu. Sebanyak 6 agensi yang terlibat dalam pameran terdiri daripada Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Terengganu, JPAM, Polis  Diraja Malaysia dan MetMalaysia.