Skip to main content
News

Lawatan Delegasi MOSTI Ke Program Innoweek.Uz-2024

14 November 2024, Uzbekistan – YBrs. Puan Ruziah binti Haji Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), telah mengadakan pertemuan dengan YBrs. Tuan Rajabaev Sharof Rakhimber, Pengarah Innovative Development Agency Uzbekistan. Pertemuan ini diadakan sempena lawatan delegasi MOSTI ke program Innoweek.Uz-2024 di Tashkent, Uzbekistan. Wakil dari MRANTI turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut.

Antara isu utama yang dibincangkan adalah aktiviti kedua-dua kementerian dan agensi, selain peluang kolaborasi dalam bidang startup serta program pembangunan modal insan dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi (STI). Pihak Innovative Development Agency Uzbekistan turut menyatakan minat untuk mendalami pengalaman Malaysia dalam bidang inovasi sosial.
Kerjasama ini dijangka membuka peluang kepada perkongsian pengetahuan, kepakaran, dan hubungan strategik antara MOSTI dan Innovative Development Agency Uzbekistan, sekali gus memacu perkembangan inovasi kedua-dua negara.
Skip to content