Skip to main content
News

Lawatan Kerja ke Lynas Malaysia Sdn Bhd

04 Jun 2025, Pahang – YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI serta Ahli Lembaga Pengarah MIGHT telah mengadakan lawatan kerja ke Lynas Malaysia Sdn. Bhd. bagi menilai secara langsung keupayaan pemprosesan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada perbincangan mengenai potensi REE sebagai industri strategik dalam memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa dari segi ekonomi dan geopolitik.
Skip to content