Skip to main content
News

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia)

15 November 2022, Petaling Jaya – YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini mengadakan lawatan turun padang ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang terletak di Petaling Jaya.
YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim dan delegasi MOSTI telah disambut oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman.
Lawatan turun tapak ini bertujuan untuk meninjau kemajuan dua projek pembangunan iaitu projek bagi menyiapkan garaj bagi mobile lab KIMIA Malaysia dan perolehan kelengkapan Pusta Sehenti Analisis Minuman Bergula di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia.
Beliau juga telah dibawa melawat makmal-makmal di Pusat Analisis Sains Forensik, Pusat Analisis Keselamatan Air Minum, Makanan dan Alam Sekitar dan Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam dan juga telah diperkenalkan dengan Kimia Disaster Action Responce Team (K-DART).
YBhg. Datuk Ts. Dr. KSU juga mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan warga kerja KIMIA Malaysia.
Skip to content