Skip to main content
News

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak

9 Ogos 2024, Perak – YBhg. Dato Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Perak bagi melawat projek-projek pembangunan RMKe-12 yang dilaksanakan di KIMIA Perak.

Projek – projek pembangunan tersebut adalah Projek Menaik Taraf Makmal Air, Projek Menaik Taraf Pusat Analisis Sains Forensik serta Projek Baik Pulih dan Penyelenggaraan Bangunan dan Peralatan.
Turut mengiringi KSU MOSTI adalah YBrs. Puan Marhayani binti Md. Saad, Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Encik Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Encik Safrie bin Zakaria, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Encik Ruhairi bin Ramli Setiausaha Bahagian Kewangan.
Antara pengisian program pada hari ini termasuk pembentangan perolehan dan pencapaian KIMIA Perak oleh YBrs. Encik Ramlee bin Ibrahim, Pengarah KIMIA Perak dan juga sesi dialog bersama warga KIMIA Perak.
YBhg. Dato’ KSU bersama delegasi MOSTI turut dibawa melawat ke makmal-makmal bagi meninjau projek pembangunan yang telah dan sedang dijalankan.
Skip to content