9 Oktober 2023, Kota Bharu – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin Bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diiringi oleh YBrs. En Nik Kamaruzaman Bin Nik Husin, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Malaysia Inovasi Sosial (MyIS) Komuniti iaitu Program Akuaponik untuk B40 (OKU & asnaf) pada harini di Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan
YBhg. Dato’ KSU diberikan taklimat mengenai pembangunan kemahiran pertanian dan penternakan secara akuaponik bagi golongan B40 pelbagai kategori termasuk golongan sindrom down dan OKU lain-lain untuk meningkatkan kualiti kehidupan seterusnya mengadakan sesi ramah mesra bersama komuniti serta dibawa meninjau ke fasiliti-fasiliti yang terdapat di sana.
Sistem berasaskan akuaponik yg diperkenalkan menerusi projek ini adalah gabungan ternakan ikan (akuakultur) dan hidroponik (pengeluaran tanaman tanpa tanah) dalam satu sistem kitaran tertutup. Ikan dan tumbuhan saling memberi manfaat di antara satu sama lain melalui hubungan simbiotik.
Projek ini telah mendapat suntikan dana MyIS Komuniti pada tahun 2022 dan selesai dibangunkan pada tahun 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai MyIS Komuniti, layari laman web rasmi myiskomuniti.innomap.my.