Skip to main content
News

Lawatan Kerja KSU MOSTI ke Sg. Balang

21 Mei 2024, Johor – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan satu sesi lawatan kerja ke Sg. Balang bagi meninjau keadaan semasa pelaksanaan projek padi NMR152 serta Muar Living Lab. Selain itu, lawatan ini turut meninjau kawasan tapak yang dicadangkan sebagai premis Ruang Daya Cipta (RDC) yang baru di Muar, Johor.
Lawatan ini turut melibatkan YB Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsudin, Ketua Pegawai Eksekutif J-Biotech; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI; Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Pegawai Daerah Muar; YBrs. Dr. Noraisah binti Spahat, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik; Encik Abdullah bin Daud, Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI dan pelbagai pihak pemegang taruh seperti Agensi Nuklear Malaysia, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), wakil -wakil dari Pejabat Daerah Muar, Jabatan Pertanian Johor, UTHM Johor dan para penduduk di Sungai Balang.
Skip to content