Skip to main content
News

Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Johor dan Delegasi Kerajaan Negeri ke Observatori Negara Langkawi (ONL) Kedah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)

By 2021-10-24#!31Mon, 25 Oct 2021 16:44:20 +0800p2031#31Mon, 25 Oct 2021 16:44:20 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 25pm31pm-31Mon, 25 Oct 2021 16:44:20 +0800p4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312021Mon, 25 Oct 2021 16:44:20 +08004444410pmMonday=321#!31Mon, 25 Oct 2021 16:44:20 +0800pAsia/Kuala_Lumpur10#October 25th, 2021#!31Mon, 25 Oct 2021 16:44:20 +0800p2031#/31Mon, 25 Oct 2021 16:44:20 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Mon, 25 Oct 2021 16:44:20 +0800pAsia/Kuala_Lumpur10#No Comments
24 Oktober 2021, Kuala Lumpur – Lawatan Kerja YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor dan delegasi Kerajaan Negeri ke Observatori Negara Langkawi (ONL) Kedah, Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) disambut oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bersama YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Tuan Haji Azlikamil Napiah, Ketua Pengarah MYSA.
MYSA yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI berkongsi pengetahuan dan kepakaran pegawai penyelidiknya bersama kerajaan negeri Johor yang berhasrat untuk membangunkan balai cerap negeri yang berperanan sebagai pusat penyelidikan bidang astronomi.
Fasiliti ONL telah dibangunkan pada tahun 2006. ONL ini juga telah mendapat pengiktirafan Kod O43 oleh Minor Planet Center, International Astronomical Union (I-A-U) sebagai fasiliti yang berupaya menjejak objek yang menghampiri bumi atau near earth object seperti komet dan asteroid.
Fasiliti ini mempunyai infrastruktur berteknologi tinggi untuk penyelidikan dan pembangunan serta eksplorasi sains angkasa dalam bidang astronomi, merangkumi 3 jenis teleskop yang terdiri daripada 2 unit teleskop stellar (bintang) dan 1 unit teleskop solar (matahari).
Selaras dengan matlamat pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030) yang diterajui oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), MOSTI menyasarkan sektor angkasa sebagai penyumbang strategik kepada daya saing negara.