Lawatan kerja YB Khairy Jamaluddin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Kompleks Masyarakat Penyayang, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang yang akan mula beroperasi untuk fasa 2, Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Terdapat 10 PPV bukan kesihatan di Negeri Pulau Pinang iaitu 2 di Daerah Timur Laut (Tapak Pesta Pulau Pinang dan Kompleks Masyarakat Penyayang), 2 di daerah Barat Daya (Dewan Balai Rakyat Bayan Baru dan Kompleks Sukan Balik Pulau), 2 di daerah Seberang Perai Utara (PERDA Convention Centre dan Seberang Perai Arena Convention Centre) dan 2 di daerah Seberang Perai Selatan (Dewan Sebaguna Sungai Bakap dan Dewan Jawi)