Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Menteri ke Jabatan Kimia Malaysia

By 2021-09-28#!30Wed, 29 Sep 2021 16:21:13 +0800p1330#30Wed, 29 Sep 2021 16:21:13 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 29pm30pm-30Wed, 29 Sep 2021 16:21:13 +0800p4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302021Wed, 29 Sep 2021 16:21:13 +0800214219pmWednesday=321#!30Wed, 29 Sep 2021 16:21:13 +0800pAsia/Kuala_Lumpur9#September 29th, 2021#!30Wed, 29 Sep 2021 16:21:13 +0800p1330#/30Wed, 29 Sep 2021 16:21:13 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Wed, 29 Sep 2021 16:21:13 +0800pAsia/Kuala_Lumpur9#No Comments
28 September 2021, Selangor – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini meluangkan masa mangadakan lawatan kerja ke Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) yang merupakan jabatan di bawah MOSTI.
Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, Tuan Haji Mohamed Zaini bin Abdul Rahman telah memberikan taklimat fungsi dan peranan jabatan kepada YB Menteri. Seterusnya YB Dato’ Sri Dr. Adham dibawa melawat ke Makmal Pusat Analisis Sains Forensik, Makmal Pusat Analisis Industri dan Tarif Kastam dan Makmal Pusat Pengurusan Kualiti dan Penyelidikan.
Dato’ Sri Dr. Adham juga telah diperkenalkan kepada Pasukan ‘Chemical, Biological, Radiological, Nuclear and Explosives (CBRNE)’ dan Pasukan Tindakan Bencana Kimia, KIMIA Malaysia. Pasukan ini bertindak sebagai pasukan pakar dan penasihat apabila berlaku ancaman senjata kimia dan juga bencana kimia.
KIMIA Malaysia diwujudkan sebagai ‘third party agency’, dalam memberikan khidmat analisis saintifik untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang, melindungi pendapatan kerajaan, melindungi pengguna, keselamatan air minum, makanan dan alam sekitar serta menyediakan perkhidmatan forensik yang bebas dan berkecuali.