Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Menteri MOSTI ke Agensi Nuklear Malaysia

By 2021-11-08#!30Thu, 11 Nov 2021 15:12:29 +0800+08:002930#30Thu, 11 Nov 2021 15:12:29 +0800+08:00-3+08:003030+08:00x30 11pm30pm-30Thu, 11 Nov 2021 15:12:29 +0800+08:003+08:003030+08:00x302021Thu, 11 Nov 2021 15:12:29 +08001231211pmThursday=321#!30Thu, 11 Nov 2021 15:12:29 +0800+08:00+08:0011#November 11th, 2021#!30Thu, 11 Nov 2021 15:12:29 +0800+08:002930#/30Thu, 11 Nov 2021 15:12:29 +0800+08:00-3+08:003030+08:00x30#!30Thu, 11 Nov 2021 15:12:29 +0800+08:00+08:0011#No Comments
8 November 2021, Selangor – YB Dato’ Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan ke Agensi Nuklear Malaysia yang merupakan sebuah agensi di bawah MOSTI. Menerusi lawatan ini, YBrs. Ts. Dr. Siti A’iasah Binti Hashim, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia telah memberikan taklimat berkaitan Nuklear Malaysia yang bertanggungjawab menerajui penyelidikan melangkaui pelbagai sektor yang merangkumi teknologi pertanian, kesihatan, alam sekitar, keselamatan sinaran dan industri yang dapat memanfaatkan rakyat.
Kunjungan YB Menteri ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) dan pegawai-pegawai kanan MOSTI.
YB Menteri turut berkesempatan melawat galeri Nuklear Malaysia yang memaparkan informasi berkaitan hasil penyelidikan nuklear dan juga kejayaan-kejayaan yang telah dicapai. Selain itu, YB Menteri juga dibawa melawat satu-satunya reaktor nuklear di Malaysia iaitu Reaktor TRIGA PUSPATI.
Skip to content