26 Oktober 2021, Selangor – YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba hari ini mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), salah satu agensi di bawah MOSTI. Perbincangan pada hari ini memberikan tumpuan kepada halatuju MOSTI menerusi MBOT bagi latihan-latihan berkemahiran aras tinggi seperti ‘future skills’ dan ‘deep tech’.
Untuk rekod, MBOT ditubuhkan sebagai sebuah badan profesional untuk mendaftar dan mengiktiraf Teknologis Profesional serta juruteknik bertauliah.