23 Jun 2021, Negeri Sembilan – YB Khairy Jamaluddin, Pegawai-Pegawai MOSTI dan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sembilan bagi menyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bersama Kerajaan Negeri Sembilan.
Bermula dengan kunjungan hormat ke atas YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Khairy kemudiannya mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi menyelaras PICK peringkat Negeri Sembilan.
Seterusnya diadakan lawatan tapak ke Kompleks Pusat Islam Rantau yang akan menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masjid pertama di Negeri Sembilan yang dijangka dapat memberi lebih kurang 400 suntikan sehari. Kapasiti PPV Rantau ini boleh diperluaskan dengan adanya fasiliti pandu lalu yang sedang dalam perbincangan pihak berkenaan.
YB Khairy Jamaluddin turut berkongsi tindakan strategik yang diambil CITF untuk membantu Negeri Sembilan menangani pandemik COVID-19 dengan meningkatkan kapasiti pemberian imunisasi agar Pelan Pemulihan Negara dapat dicapai secepat mungkin.
Antara tindakan yang diambil termasuk:
Meningkatkan pemberian vaksin di Negeri Sembilan dengan membuka lebih banyak PPV baru serta mendapatkan stok vaksin yang mencukupi.