Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Menteri MOSTI ke Sharjah Academy for Astronomy, Space Science & Technology UAE

UAE, 29 Mac 2022 – YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini mengadakan lawatan kerja ke Sharjah Academy for Astronomy, Space Science & Technology UAE bagi melihat kemajuan infrastruktur dan teknologi serta kepakaran dalam pembangunan teknologi angkasa.

Selain itu, antara lain yang dibincangkan ketika lawatan kerja ini termasuk pembudayaan STEM, pembangunan teknologi angkasa serta peluang kerjasama di masa hadapan.

Turut bersama dalam lawatan ini ialah Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datuk Zainal Abidin Abu Hassan; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Tuan Haji Azlikamil Napiah; Pengarah Planetarium Negara, Puan Anita Bahari dan beberapa ketua agensi di bawah MOSTI yang lain.

Terima kasih diucapkan kepada Prof. Maamat Bettayeb, Naib Canselor Penyelidikan dan Pengajian Sarjana University of Sharjah serta pengurusan yang menerima kunjungan delegasi MOSTI pada hari ini.

Skip to content