Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Menteri MOSTI ke syarikat Heng Hiap Industries Sdn. Bhd. (HHI)

By 2021-10-31#!30Tue, 02 Nov 2021 16:55:42 +0800p4230#30Tue, 02 Nov 2021 16:55:42 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30 02pm30pm-30Tue, 02 Nov 2021 16:55:42 +0800p4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx302021Tue, 02 Nov 2021 16:55:42 +08005545511pmTuesday=321#!30Tue, 02 Nov 2021 16:55:42 +0800pAsia/Kuala_Lumpur11#November 2nd, 2021#!30Tue, 02 Nov 2021 16:55:42 +0800p4230#/30Tue, 02 Nov 2021 16:55:42 +0800p-4Asia/Kuala_Lumpur3030Asia/Kuala_Lumpurx30#!30Tue, 02 Nov 2021 16:55:42 +0800pAsia/Kuala_Lumpur11#No Comments
31 Oktober 2021, Selangor – MOSTI komited untuk menjayakan pembangunan dan penyelidikan (R&D) melalui pemerkasaan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE), khususnya dalam menjana semula dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.
Bagi merancakkan usaha ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba hari ini mengadakan lawatan kerja ke syarikat Heng Hiap Industries Sdn. Bhd. (HHI) bagi meninjau perkembangan teknologi dan inovasi hasil penyelidikan R&D tempatan.
Heng Hiap Industries merupakan syarikat yang mengeluarkan resin plastik bernilai tinggi terkemuka di Malaysia, melalui sumber kitar semula. Bermula sebagai sebuah syarikat pemula yang kecil, Heng Hiap Industries telah memperoleh pembiayaan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), sebuah agensi di bawah MOSTI melalui Commercialisation of R&D Fund (CRDF) pada tahun 2008 dan 2013, untuk mengkomersialkan resin plastik pintar pelbagai guna melalui penjenamaan PlashausTM, dan bahan api industri (industrial-grade fuel) setaraf diesel, menggunakan sumber plastik kitar semula.
MOSTI sentiasa mengalu-alukan penglibatan semua pihak untuk bersama-sama memanfaatkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam memacu serta memulih ekonomi pasca pandemik COVID-19.