Skip to main content
NewsCovid-19

Lawatan Kerja YB Menteri MOSTI ke Terengganu

By 2021-09-12#!30Mon, 13 Sep 2021 00:38:45 +0800+08:004530#30Mon, 13 Sep 2021 00:38:45 +0800+08:00-12+08:003030+08:00x30 13am30am-30Mon, 13 Sep 2021 00:38:45 +0800+08:0012+08:003030+08:00x302021Mon, 13 Sep 2021 00:38:45 +08003812389amMonday=321#!30Mon, 13 Sep 2021 00:38:45 +0800+08:00+08:009#September 13th, 2021#!30Mon, 13 Sep 2021 00:38:45 +0800+08:004530#/30Mon, 13 Sep 2021 00:38:45 +0800+08:00-12+08:003030+08:00x30#!30Mon, 13 Sep 2021 00:38:45 +0800+08:00+08:009#No Comments
12.9.2021, Terengganu – YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dato’ Sri Dr Adham Baba hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Terengganu.
Pada sebelah pagi, YB Dato’ Sri Dr Adham dan timbalannya YB Dato’ Haji Ahmad Amzad Hashim telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Kemudiannya YB Dato’ Sri Dr Adham telah mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Beliau mengakhiri lawatan kerjanya di Negeri Terengganu dengan berkunjung ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Outreach di beberapa rumah di Kampung Losong dan Taman Desa Paloh di sini bagi meninjau pelaksanaan pemberian vaksin kepada penduduk yang menghadapi kesukaran ke PPV awam.
Skip to content