Skip to main content
News

Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri MOSTI ke Tawau Bird Nest Processing Centre Sdn Bhd

17 Oktober 2025, Sabah – YB Dato’ Dr. Haji Mohammad Yusof Haji Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mengadakan lawatan kerja ke Tawau Bird Nest Processing Center Sdn. Bhd., sebuah syarikat di bawah program Bio-Based Accelerator (BBA) yang diselia oleh Bioeconomy Corporation, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang memacu pembangunan industri berasaskan bio di Malaysia.

YB Timbalan Menteri menzahirkan keyakinan terhadap potensi besar industri sarang burung di Sabah, khususnya di daerah Lahad Datu, Kunak dan Tawau, yang sememangnya sinonim dengan pengeluaran produk berasaskan sumber semula jadi ini.
Beliau juga turut menekankan bahawa dengan bimbingan dan sokongan teknologi daripada MOSTI serta Bioeconomy Corporation, sektor ini berpotensi untuk terus berkembang pesat, mencipta peluang pekerjaan baharu dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi setempat.
Pusat pemprosesan ini mengaplikasikan teknologi rawatan haba dan hidrolisis enzimatik bagi meningkatkan kualiti serta kecekapan dalam pemprosesan sarang burung. Inovasi ini berjaya menambah nilai produk melalui penghasilan kompaun nutrisi dan perubatan bernilai tinggi seperti asid sialik, yang kini mendapat permintaan besar di pasaran antarabangsa.
Lawatan ini juga memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekosistem bioekonomi di Sabah agar terus mampan, berdaya saing dan selari dengan agenda pembangunan ekonomi hijau negara.
Skip to content