Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBM MOSTI Ke Quest International University (QIU)

28 April 2025, Perak – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Tuan Chang Lih Kang telah mengadakan lawatan kerja ke Quest International University (QIU) yang terletak di Ipoh, Perak. Lawatan turut disertai oleh YBrs. Puan Ruziah Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI.
Ketibaan delegasi MOSTI di sambut YBhg. Profesor Zita Mohd Fahmi, Naib Canselor Quest International University dan Mr. Nicholas Goh, Ketua Pegawai Operasi, Quest International University yang kemudiannya memberikan taklimat mengenai QIU kepada para delegasi.
YB Tuang Chang Lih Kang menyatakan bahawa Universiti seperti QIU memainkan peranan penting dalam memajukan penyelidikan, menggalakkan kerjasama industri-akademik, dan memacu pengkomersilan inovasi.
MOSTI juga mempunyai dasar dan program yang sentiasa menyokong kerjasama Quadruple Helix di mana kerajaan, akademia, industri dan masyarakat bekerjasama untuk mempercepatkan inovasi seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), Dana R&D, National Technology and Innovation Sandbox (NTIS), program pembangunan bakat melalui Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan program-program pembudayaan (Minggu Sains Negara, Malaysia Techlympics, STEM Camp).
Skip to content