Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBTM MOSTI ke Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP)

24 Januari 2024, Kuala Lumpur – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meneruskan lawatan kerja ke Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP) yang merupakan sebuah syarikat modal teroka di bawah seliaan MOSTI.

YB Timbalan Menteri diberi taklimat dan penerangan oleh YBrs. Shahril Anas Hasan Aziz, CEO MAVCAP. Di MAVCAP, kami berusaha untuk berada di barisan hadapan dalam memperkasakan perusahaan dipacu teknologi, menyumbang kepada ekosistem yang dinamik dan inovatif selaras dengan wawasan negara.
Ditubuhkan pada tahun 2001, MAVCAP melabur secara modal teroka dalam syarikat syarikat berteknologi tinggi, antaranya Carsome, TheLorry, Aerodyne, Naluri dan lain lain.
MAVCAP juga mempunyai pegangan dalam 11 syarikat dana dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan luar negara seperti AXIATA, Johor Corporation, Gobi Partners dan 500 Startups.
Skip to content